Sunday, April 6, 2008

UMRAH AL-QADHA'

Dalam bulan syawal itu juga, Muhammad mula menyeru kepada sesiapa yang mahu keluar dengan beliau bagi menunaikan Umrah Al-Qadha’ kerana sudah setahun Perjanjian Hudaibiah. Mereka sudah boleh masuk ke Mekah. Semua orang yang keluar semasa Perjanjian Hudaibiah keluar sekali lagi pada tahun ini kecuali yang syahid. Jumlah mereka adalah seramai 2000.Muhammad memerintahkan mereka membawa senjata di atas unta.
Abu Bakar dating kepada Muhammad dan bertanya, “bagaimana dengan perjanjian kita?”
“Kita tidak akan masuk Mekah dengan senjata, tetapi mesti ada persiapan senjata. Mana tahu kita kita berhajat kepadanya?”
Muhammad dan orang-orang islam sudah mendekati Mekah. Orang Quraisy menghantar wakil bertemu beliau bertanya sebab membawa senjata.
Muhammad berkata, “kami iltizam dengan perjanjian. Senjata kami tinggalkan di luar Mekah.”
Apabila Muhammad masu ke Mekah, beliau meninggalkan 200 orang menjaga senjata dan bersiap sedia apabila berlaku apa-apa. Orang Quraisy yang tidak mahu peristiwa itu menjadi besar mengarahkan semua penduduk Mekah keluar dari Mekah dalam tempoh itu ke bukit berhampiran.
Muhammad dan orang-orang islam masuk ke Mekah sambil bertakbir, bertahmid dan membaca talbiah iaitu ucapan yang juga di baca oleh orang yang menunaikan haji pada hari ini bagi mengagungkan Allah.
Ini adalah kali pertama Muhammad masuk ke Mekah selepas berpindah ke Madinah selepas tujuh tahun meninggalkan Mekah. Orang-orang Islam gembira kerana dapat memasuki Mekah dan melakukan umrah
Muhammad membuka bahu kanannya dalam tawaf. Inilah yang di panggil ittiba’. Dalam pusingan tawaf yang awal, Muhammad berjalan dengan cepat sambil menggerakkan bahunya. Para sahabat juga berbuat seperti Muhammad.
Orang Quraisy dari atas bukit melihat keadaan itu. Hal ini menjadi sunah dalam tawaf Qudum, melakukan tawaf dengan membuka bahu kanan dan berjalan laju pada tiga pusingan pertama. Semasa tawaf itu, Abdullah bin Rawahah bersyair dengan suara yang kuat. Syairnya mencabar orang-orang kafir. Umar tidak senang dengan cara Abdullah kerana mereka sedang bertawaf dan tidak bersenjata.
Muhammad mendengar kata-kata itu lalu beliau menggantikan dengan kata-kata lain iaitu takbir hari raya yang di baca oleh orang islam pada masa ini.selepas Umrah, Muhammad melakukan korban. Begitu juga para sahabat. Kemudian, beliau meminta kepada orang Quraisy untuk masuk ke dalam kaabah. Orang Quraisy tidak setuju kerana itu tidak termasuk dalam perjanjian.
Oleh kerana orang Quraisy berkeras, Muhammad memerintahkan Bilal naik ke atas kaabah dan melaungkan azan di atas kaabah. Orang Quraisy melihat dari atas bukit dan mendengar azan orang Islam itu. Selepas tiga hari, Quraisy menghantar Ikrimah memberitahu Muhammad dan orang Islam tempoh tiga hari perjanjian sudah tamat. Muhammad memerintahkan umat islam bersiap untuk pulang.

2 comments:

Rosdiana Isa said...

Assalamualaikum...tahniah atas kejayaan awak dlm menyiapkan tugasan awk tu.crita tu mengingatkan kita kembali peristiwa2..tahniah!!

w.i.s.d.O.m said...

nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..
smoga ia mberi manfaat kpd kite sume:D

bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!

p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..