Sunday, April 6, 2008

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah telah berlaku pada akhir tahun ke-6 hijrah. Peristiwa ini adalah kunci dan permulaan kepada pembukaan Mekah dan kemenangan umat Islam di Semenanjung Arab.
Pada bulan Zulkaedah, Muhammad membuat pengumuman kepada umat Islam bahawa beliau mahu mengerjakan umrah ke Mekah. Maka hanya beberapa orang sahaja yang sedia mengikutnya iaitu golongan Ansar dan Muhajirin dan beberapa orang daripada suku lain secara peribadi. Ini kerana, hubungan antara umat Islam dan orang Mekah masih tegang dan mungkin boleh berlaku peperangan lagi. Seramai 1400 orang lelaki keluar bersama Muhammad bagi mengerjakan mura dengan membawa binatang ternakan untuk korban, binatang yang tidak ditunggang dan 70 ekor unta.
Apabila Muhammad sampai di Zul Hulaifah, Muhammad menghantar perisik beliau daripada keturunan Khuzaah yang bernama Bisyr bin Sufran bagi mengambil berita dari Mekah. Muhammad meneruskan perjalanan sampai ke Gahdir al-Asytat. Di situ, Bisyr bin Sufyan sudah pulang membawa berita bahawa tentera Quraisy sudah keluar menunggu di luar Mekah dengan memakai kulit hariamu menandakan mereka sedia berperang. Mereka berazam menyekat Muhammad dari memasuki Mekah. Beliau bertanya kepada sahabat yang bersamanya, “ Siapa di kalangan kamu yang dapat menunjukan jalan yang kita dapat sampai ke belakang tentera Quraisy?”. Maka berkata seorang lelaki dari Bani Aslam bahawa dia mengetahui jalan tersebut. Beberapa alngkah sebelum masuk ke Tanah Haram, unta Muhammad berhenti dan duduk tanpa memberhentikannya. Ada sahabat yang berkata, “ Sudah berlaku yang buruk pada unta ini,”. Muammad berkata, “ Tidak, tetapi yang menghalangnya adalah yang menghalang tentera bergajah.”. Beliau mengarahkan semua umat Islam berhenti disitu iaitu di luar Tanah Haram iaitu di kawasan tidak selamat. Ketika sampai di Hudaibiyah, mereka tidak mempunyai air kecuali yang ada pada Muhammad hanya untuk berwuduk kerana tempat itu tidak mempunyai air kecuali sebuah perigi yang juga tidak ada air. Lalu Rasullah mengambil wuduk di perigi itu. Dengan keberkatan wuduk itu telaga tersebut menjadi ada air.
Berita bahawa Muhammad telah melepasi orang Quraisy dan hampir memasuki kawasan Tanah Haram telah mengejutkan mereka. Tetapi Muhammad dan orang Islam tidak memasuki Tanah Haram telah menghairankan mereka. Lalu mereka telah menghantar Budail bin Warqa’ berjumpa dengan Muhammad bagi mendapatkan kepastian. Lalu bertanya Budai, “ Apakah tujuan kamu dating?”. Maka jawab Muhammad, “ Kami datang untuk umrah dan lihatlah binatang korban yang kami bawa,”. Lalu bertanya Budail lagi, “ Kamu juga membawa senjata?”, jawab Muhammad,” Wahai Budail, kami juga takut dikhianati. Kalau kami diserang, apa patut kami buat?”. Jawapan itu telah membuat Budail berpuas hati lalu memberitahu orang Quraisy apa yang didengarnya. Tetapi meraka tidak berpuas hati lalu menghantar Urwah bin Mas’ud. Urwah datang menemui Muhammad dengan berpakaian perang dan senjatanya. Sebagai langkah berjaga-jaga, Muhammad juga membawa pengawal khas beliau iaitu Mughirah bin Syu’bah yang juga berpakaian perang dan bersenjata lengkap berada di belakang Muhammad. Mughirah ialah anak saudara Urwah tetapi Urwah tidak mengenalinya kerana dia memakai baju besi yang hanya menampakkan matanya sahaja. Urwah duduk di depan Muhammad lalu berkata, “ Wahai Muhammad, adakah kamu datang untuk memasuki Mekah dengan kekerasan?”. Maka jawab Muhammad, “ Aku datang untuk melakukan umrah”. Kata Urwah lagi, “ Wahai Muhammad, jika kamu datang untuk berperang, jangan kamu tertipu dengan tentera kamu. Apabila berlaku peperangan mereka semua akan meninggalkan kamu.” Mendengar kata-kata itu, Abu Bakar terus bangun dan menjawab dengan keras. Tindakan Urwah turut menaikkan kemarahan Mughirah.
Pada masa itu, telah masuk waktu azan lalu Bilal bangun melaungkan azan dan mereka bersembahyang bersama-sama dan diperhatikan oleh Urwah. Dia melihat Muhammad dan para sahabat bersembahyang dalam barisan dan pergerakan yang rapi dan tersusun. Dengan itu, dia tidak lagi menyambung perbualannya, itu sudah cukup baginya. Dia kembali kepada Quraisy dan berkumpul dengan pemimipin-pemimpin Quraisy. Quraisy bertanya kepada Urwah,” Apa pandangan kamu wahai Urwah?”. Lalu jawab Urwah, “ Sebelum aku menyebut pandanganku, dengar dahulu. Demi Allah, aku sudah menziarahi Kisra di kerajaannya dan aku menziarahi Kaisar di kerajaanya dan aku menzirahi Najáis di kerajaannya. Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang yang lebih besar daripada Muhammad dan kerajaannya. Demi Allah, kalau kamu memeranginya, sahabat-sahabat tidak akan menyerahkannya kepada kamu sehingga mereka membunuh daripada kamu seperti jumlah mereka ( 1400 ). Kalau mereka membunuh daripada kamu seperti itu, apalah kebaikan hidup lagi selepas itu. “ Bertanya mereka lagi, “ Apa pandangan kamu wahai Urwah?”, “ Pandangan aku kamu semua membuat perjanjian damai dengannya dan memintanya jangan membuat mura pada tahun ini.
Lalu Muhammad telah menghantar Othman bin Affansebagai wakil berbincang mencari jalan penyelesaian secara aman dengan Quraisy. Tetapi Othman ditangkap dan tidak dibenarkan kembali kepada rombongan itu. Khabar angin mengatakan Othman telah dibunuh oleh orang-orang Quraisy telah sampai ke pengetahuan Muhammad. Oleh itu, robongan itu merasa marah dan dukacita maka mereka terus mempersiapkan diri untuk berperang walaupun mereka tidak mempunyaikelengkapan peperangan. Merka membuat Bai’ah al-Ridwan atau Ikrar Setia Kawan iaitu berjanji akan berjuang ingá ke akhir hayat. Selepas mendengar berita rombongan itu sudah bersiap sedia hendak memerangi mereka, orang Quraisy rasa takut, lalu membebaskan Othman. Pihak Quraisy menghantar Suhail bin Ammre untuk berunding dengan Muhammad. Hasil perundingan ini dinamakan Pejanjian Hudaibiyah. Antara isi perjanjian damai ini adalah; 1) Genjatan senjata selama 10 tahun.2) Orang Islam perlu pulang semula ke Madinah tanpa mengerjakan mura dan mereka boleh datang semula pada tahun berikutnya tanpa sensata kecuali pedang dan panah sahaja.3) Muhammad perlu memulangkan kembali orang yang lari dari Mekah ke Madinah dan sesiapa yang murtad dan lari ke Mekah dari Madinah tidak akan dipulangkan ke Madinah.4) Suku-suku Arab yang lain berhak menjadi sekutu Muhammad atau sekutu Quraisy. 5) Mana- mana pihak tidak boleh membantu pihak lain yang berperang.

UMRAH AL-QADHA'

Dalam bulan syawal itu juga, Muhammad mula menyeru kepada sesiapa yang mahu keluar dengan beliau bagi menunaikan Umrah Al-Qadha’ kerana sudah setahun Perjanjian Hudaibiah. Mereka sudah boleh masuk ke Mekah. Semua orang yang keluar semasa Perjanjian Hudaibiah keluar sekali lagi pada tahun ini kecuali yang syahid. Jumlah mereka adalah seramai 2000.Muhammad memerintahkan mereka membawa senjata di atas unta.
Abu Bakar dating kepada Muhammad dan bertanya, “bagaimana dengan perjanjian kita?”
“Kita tidak akan masuk Mekah dengan senjata, tetapi mesti ada persiapan senjata. Mana tahu kita kita berhajat kepadanya?”
Muhammad dan orang-orang islam sudah mendekati Mekah. Orang Quraisy menghantar wakil bertemu beliau bertanya sebab membawa senjata.
Muhammad berkata, “kami iltizam dengan perjanjian. Senjata kami tinggalkan di luar Mekah.”
Apabila Muhammad masu ke Mekah, beliau meninggalkan 200 orang menjaga senjata dan bersiap sedia apabila berlaku apa-apa. Orang Quraisy yang tidak mahu peristiwa itu menjadi besar mengarahkan semua penduduk Mekah keluar dari Mekah dalam tempoh itu ke bukit berhampiran.
Muhammad dan orang-orang islam masuk ke Mekah sambil bertakbir, bertahmid dan membaca talbiah iaitu ucapan yang juga di baca oleh orang yang menunaikan haji pada hari ini bagi mengagungkan Allah.
Ini adalah kali pertama Muhammad masuk ke Mekah selepas berpindah ke Madinah selepas tujuh tahun meninggalkan Mekah. Orang-orang Islam gembira kerana dapat memasuki Mekah dan melakukan umrah
Muhammad membuka bahu kanannya dalam tawaf. Inilah yang di panggil ittiba’. Dalam pusingan tawaf yang awal, Muhammad berjalan dengan cepat sambil menggerakkan bahunya. Para sahabat juga berbuat seperti Muhammad.
Orang Quraisy dari atas bukit melihat keadaan itu. Hal ini menjadi sunah dalam tawaf Qudum, melakukan tawaf dengan membuka bahu kanan dan berjalan laju pada tiga pusingan pertama. Semasa tawaf itu, Abdullah bin Rawahah bersyair dengan suara yang kuat. Syairnya mencabar orang-orang kafir. Umar tidak senang dengan cara Abdullah kerana mereka sedang bertawaf dan tidak bersenjata.
Muhammad mendengar kata-kata itu lalu beliau menggantikan dengan kata-kata lain iaitu takbir hari raya yang di baca oleh orang islam pada masa ini.selepas Umrah, Muhammad melakukan korban. Begitu juga para sahabat. Kemudian, beliau meminta kepada orang Quraisy untuk masuk ke dalam kaabah. Orang Quraisy tidak setuju kerana itu tidak termasuk dalam perjanjian.
Oleh kerana orang Quraisy berkeras, Muhammad memerintahkan Bilal naik ke atas kaabah dan melaungkan azan di atas kaabah. Orang Quraisy melihat dari atas bukit dan mendengar azan orang Islam itu. Selepas tiga hari, Quraisy menghantar Ikrimah memberitahu Muhammad dan orang Islam tempoh tiga hari perjanjian sudah tamat. Muhammad memerintahkan umat islam bersiap untuk pulang.